Tips Travel Ke USS


1) Ambil pakej khas ke USS, jika dari Johor Bahru harga kebiasaannya RM2xx. Perjalanan pergi bermula pada pukul 7.00 pagi dan akan tiba kembali di Johor Bahru pada pukul 7.00 malam.



2) Sarapan + Bawa Roti & Air mineral : Selain menjimatkan kos, ini adalah keperluan supaya anda kekal bertenaga sepanjang berada di USS. ‘chewing gum’ tidak dibenarkan di Singapura.

3) Pakai Sandal Berikat : Walaupun hakikatnya kasut lebih selesa dipakai, tapi di USS anda tidak digalakkan memakai kasut kerana anda akan basah, kalau tak basah tak awesome laa. bahaha

4) Beg Kecil + Pakaian Sesuai : Beg yang kecil akan memberi lebih kualiti dari segi keselesaan untuk anda melakukan aktiviti di USS selain pakaian yang paling sesuai adalah jenis yang menyerap peluh seperti jersi.



5) Tak Perlu DSLR : Tidak kira anda jenis mempunyai DSLR untuk fotografi khas atau sekadar syok sendiri. Di USS anda tidak perlukan ini, cukup sekadar compact camera ataupun smartphone camera. Walaupun di sana terdapat pemandangan reka cipta yang menarik tapi anda ke sana untuk merasai pengalaman luar biasa melalui aktiviti/permainan yang disediakan bukannya menikmati pemandangan.

6) Bawa Duit < 100 Dollar : 100 Dollar Singapore bersamaan RM260. Tak perlu bawa terlalu banyak duit sebab sangat membazir untuk membeli di sana. Harganya lebih kurang saja di Malaysia, Jika T-shirt round neck di Malaysia RM30, di sana 30 Dollar, Jika keychain di Malaysia RM10, di sana 10 Dollar, Jika burger Mekdi di Malaysia RM10, di sana 10 Dollar. Walaupun nampak sama tapi hakikatnya, ianya 2.6 kali ganda lebih mahal dari barangan di Malaysia. Phewww
Dengan 100 Dollar tu anda sudah boleh beli sehelai T-Shirt dan beberapa cenderhati yang perlu sebagai kenangan ataupun sebagai bukti anda sudah sampai di USS.

7) Baucer 10 + 5 Dollar : Tiket USS disertakan sekali dengan 10 Dollar untuk makanan dan diskaun barangan 5 Dollar jika anda membeli barangan di USS melebihi 30 dollar.

Bekalan roti yang anda bawa, anda boleh makan pada pukul 12 tengahari. Dan baucer makanan anda boleh gunakan pada pukul 3 petang selepas anda Solat Zuhur. Jika anda jenis pelahak sejati anda boleh laa tambah sedikit Dollar anda untuk digunakan sekali bersama baucer 10 Dollar yang diberikan.



8) Nak Main Apa Dulu ? : Terpulang pada anda nak main apa dulu, janji anda main semua permainan yang ditawarkan. Jika anda rujuk maps USS yang diberikan anda WAJIB melawat semua tempat “Attractions” di ke semua 7 tema lokasi dalam USS.

Anda digalakkan bergerak ke kanan selepas pintu masuk iaitu ke arah tema New York dan Sci Fi. Ini kerana anda akan dapat melakukan aktiviti di Sci Fi iaitu Transformer di awal trip dan sekiranya anda ada masa lagi di akhir trip anda, anda pasti ingin masuk sekali lagi ke dunia Transformer sebabnya ianyafucking awesome !

9) Solat + Jangan Menjerit : Jangan tinggal solat zuhur dan asar, walaupun anda terpaksa melewatkan atau mungkin menqadakan solat maghrib tapi jangan tinggal sebab balik dalam kepenatan.
Bila aktiviti merbahaya seperti Roller Coaster di 4 tempat kalau tak silap, jangan menjerit sebaiknya Istighfar. Dah laa aktiviti tu merbahaya, kau nak ke mati sambil menjerit dan dalam keadaan yang boleh dikategorikan sebagai bunuh diri, saja cari nahas ? Tapi kalau aktiviti main air tu kau jerit laa puas-puas, kononnya kau takut air. bahaha



10) Forever Alone / Double : Adalah lebih awesome sekiranya ada pergi ke USS forever alone ataupun double tapi bukannya couple. Pengalaman akan lebih indah sekiranya anda tak perlu beratur 30 minit ke 1 jam semata-mata untuk menikmati aktiviti selama 1-2 minit. Jika anda bersendirian atau dengan kawan anda, anda boleh melalui “Single Rider” yang memerlukan anda menunggu kurang dari 10 minit sahaja sebelum melakukan aktiviti.

Jika anda jenis couple seperti belangkas yang tak boleh berenggan, USS bukan tempat sesuai untuk anda. Tapi sekiranya anda jenis rela berpisah seketika untuk melakukan aktiviti berasingan melalui “Single Rider”, then go ahead. Situasi sama jika anda berkumpulan yang ramai, lebih baik berpecah kepada kumpulan kecil tidak lebih dari 4 orang.

Add On : Pergi pada weekdays. Jangan pergi pada weekends atau public holiday.

+++
p/s: tips bernas ini hasil tulisan saudara Syafiq.. tq bro! :)
+++